| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
| Other things |
| Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
| 8M mengatasi keinginan merokok |
| Sunday, May 17, 2009 |
 MELENGAH
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.
MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.
MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah.. |
posted by ppiskt @ 9:46 PM  |
|
|
|
| Terpulang Sultan |
| Thursday, May 14, 2009 |
BN tak gentar hadapi pilihan raya negeri di Perak: PM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan, Barisan Nasional (BN) tidak gentar menghadapi pilihan raya negeri di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri itu walaupun ia adalah sesuatu yang tidak harus berlaku.
Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan kesediaan Pakatan Rakyat untuk menemui Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik Perak. Najib berkata, BN tidak bimbang untuk berdepan dengan rakyat kerana ia sudah biasa dilakukan setiap kali pilihan raya diadakan sebelum ini tetapi semua pihak perlu sedar bahawa penentuan pilihan raya di Perak adalah dalam bidang kuasa Sultan Azlan Shah.
"Tidak, BN tidak gentar kerana kita sentiasa tahu bahawa kita perlu berdepan dengan rakyat dan kita memang berdepan dengan rakyat apabila tiba masanya.
"Ia (pilihan raya) adalah satu daripada pilihan di bawah Perlembagaan dan terpulang kepada Sultan. Jadi ia bukanlah sesuatu yang seharusnya berlaku, tetapi bergantung kepada Sultan untuk pertimbangkan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.
Mengenai kemungkinan BN mengadakan kerjasama dengan pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata, perkara itu bergantung kepada tiga perkara yang pernah dinyatakannya sebelum ini.
"Pertama, perlu ada perasaan hormat menghormati antara kedua-dua pihak, keduanya kita perlu mematuhi peraturan di dalam dan luar dewan (Dewan Undangan Negeri) dan tidak perlu ada prasyarat, sebaliknya terbuka untuk meneroka segala kemungkinan," katanya.
Sementara itu, Anwar pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur, berkata krisis politik Perak perlu diselesaikan segera dan meminta Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya. "Kami sanggup berbincang dan mendengar pandangan Perdana Menteri berhubung krisis politik Perak," katanya sambil menjelaskan pertemuan itu bagaimanapun bukan untuk membentuk kerajaan perpaduan.
Turut hadir ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Abdul Hadi pula berkata, Pas tetap dengan pendirian mahu DUN Perak dibubarkan segera bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.
"Jika krisis ini dibiarkan berterusan ia akan memusnahkan lagi demokrasi di negara ini," katanya.
Kit Siang berkata, krisis Perak bukan sesuatu yang bersifat kenegerian semata-mata, tetapi ia adalah krisis yang menggambarkan perlembagaan dan institusi negara. |
posted by ppiskt @ 7:16 PM  |
|
|
|
| 200,000 kakitangan awam naik gaji |
|
PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini.
Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut.
Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga. Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini.
Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf.
"Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta," katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman.
Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan.
"Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan," katanya.
Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara.
Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda.
"Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh.
"Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'. Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan.
"Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria," katanya berseloroh.
Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan.
"Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat," katanya. |
posted by ppiskt @ 6:36 PM  |
|
|
|
| Tiga wanita, 3 kanak-kanak korban bot karam |
| Wednesday, May 13, 2009 |
Tiga wanita, 3 kanak-kanak korban bot karam  ANGGOTA Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengangkat mayat mangsa bot karam di Pengerang, semalam.
| PENGERANG: Enam mayat - tiga wanita, dua budak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai pendatang asing tanpa izin Indonesia, ditemui di perairan sekitar Kota Tinggi, dekat sini, semalam.
Semua mayat itu dipercayai mangsa bot pancung yang membawa antara 30 hingga 40 penumpang, karam di perairan Tanjung Punggai, kira-kira 10 batu nautika dari Sungai Rengit, dekat sini, malam kelmarin.
Ketua Penguatkuasa Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh, berkata mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melancarkan operasi selepas menerima laporan tragedi bot karam itu jam 10 malam kelmarin. Mayat pertama, seorang wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun ditemui kira-kira jam 9.30 pagi oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Perkasa yang kemudian turut menjumpai dua lagi mayat di kawasan berhampiran.
"Mayat kedua ialah wanita dalam lingkungan 20-an, diikuti seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Tiga mayat itu ditemui kira-kira enam batu nautika dari Sungai Rengit, iaitu di perairan selatan Tanjung Punggai.
"KD Perkasa turut menemui sebuah bot pancung daripada gentian kaca berukuran kira-kira tujuh meter panjang serta dua enjin sangkut masing-masing berkuasa 150 dan 200 kuasa kuda di kawasan berkenaan," katanya di sini, semalam. Che Hassan berkata, kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), KM Tegas pula menemui mayat seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dan wanita dalam lingkungan 20 tahun pada jam 12 tengahari.
"Setengah jam kemudian, KM Tegas menemui satu lagi mayat budak lelaki berusia tiga tahun. Semua mayat berkenaan ditemui dalam lingkungan jarak kira-kira tiga batu nautika dari lokasi kejadian," katanya.
APMM menerima maklumat dari Balai Polis Kota Tinggi pada kira-kira jam 10 malam kelmarin, memaklumkan sebuah bot pancung yang cuba menyeludup keluar antara 30 hingga 40 pendatang tanpa izin, karam di perairan Pengerang.
Bertindak atas maklumat itu, APMM melancarkan operasi SAR dengan menugaskan bot laju Kilat 14, Kilat 46 dan KM Tegas ke tempat kejadian bersama bot Polis Gerakan Marin (PGM) tetapi setakat ini belum ada mangsa yang dijumpai selamat. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot berkata, polis menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 daripada seseorang yang mengaku mangsa bot karam itu pada jam 9.55 malam
"Berdasarkan panggilan itu, mangsa mendakwa dia bersama antara 30 hingga 40 lagi penumpang bot pancung yang karam, sedang terapung di laut tetapi sehingga jam 2 petang tadi (semalam), hanya enam mayat dijumpai.
"Polis berusaha mengenal pasti identiti warga negara semua mangsa yang dijumpai, termasuk arah sebenar bot pancung berkenaan kerana kita belum pasti sama ada bot itu datang dari negara jiran atau menuju ke sana," katanya. |
posted by ppiskt @ 7:14 PM  |
|
|
|
| Nizar diisytihar MB |
| Monday, May 11, 2009 |
Nizar diisytihar MB  MOHAMMAD Nizar dikerumuni wartawan dan penyokongnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam
| Pakatan Rakyat mahu bubar DUN Perak BN kemuka rayuan hari ini: Najib
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN.
"Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN.
"Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya. Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh.
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.
Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu.
Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN. Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar.
"Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya.
Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan.
"Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata.
"Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya.
Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN.
"Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti.
"Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya.
Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian.
Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong.
"Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP.
Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah.
Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam.
"Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya.
Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili.
"Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN," katanya.
Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.
Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.
 |
posted by ppiskt @ 10:19 PM  |
|
|
|
| SELAMAT HARI GURU 2009 |
| Sunday, May 10, 2009 |
 Assalamualaikum.Tak lama lagi kita akan sambut perayaan hari guru.Sebagai pendidik aku rasa sebak dan terharu mengenangkan guru-guru yang pernah mengajar diriku ini dan aku mendoakan semua guru-guru yang pernah mendidikku dilimpahi rahmat dan rezeki yang berpanjangan dari Allah....Selamat hari guru buat semua guru di seluruh dunia. |
posted by ppiskt @ 10:51 PM  |
|
|
|
| 5 sasterawan negara tolak PPSMI |
| Monday, May 4, 2009 |
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima tamparan besar sekali lagi hari ini apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolaknya.
Mereka menyatakan enam sebab penolakan dalam satu kenyataan bersama yang diedarkan dalam sidang media di Rumah PENA pagi ini.
Dua tokoh sasterawan yang hadir - Datuk A Samad Said dan Muhammad Salleh - membayangkan akan membuang gelaran rasmi kerajaan itu "jika keadaan memerlukan".
Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang dasar PPSMI - Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - tidak hadir kerana masalah kesihatan.
Awal Mac lalu, A Samad mengejutkan dunia sastera Melayu dan nasionalis bahasa apabila menerajui ribuan penunjuk perasaan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum membantah dasar tersebut.
Sejak 1981, Malaysia menganugerahkan gelaran berprestij ini kepada sembilan tokoh sastera dan kreatif negara, terbaru Syed Othman Syed Omar atau lebih dikenali S Othman Kelantan pada 2003.
Negara kini sedang menyaring senarai tokoh untuk dicalonkan sebagai sasterawan negara ke-10.
Empat yang telah meninggal dunia: Kamaluddin Muhamad (popular dengan nama pena Keris Mas), Datuk Usman Awang, Muhammad Dahlan Abdul Biang (Arena Wati) dan Syed Othman.
Semuanya aktif dalam dunia sastera kecuali Noordin yang dikenali sebagai penggiat teater tersohor. |
posted by ppiskt @ 10:23 PM  |
|
|
|
|
|